Ixola Carpet HQ

Ixola Carpet HQ Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Ixola Carpet HQ, Carpet & flooring shop, Rawang.

MASJID 24 JAM Terletak di tepi jalan utama, masjid ini terkenal sebagai tempat persinggahan musafir. Bagi anak Terenggan...
30/06/2025

MASJID 24 JAM

Terletak di tepi jalan utama, masjid ini terkenal sebagai tempat persinggahan musafir. Bagi anak Terengganu, masjid ini bukanlah asing. Oleh kerana berada di laluan utama dan rumah penduduk di sekitar masjid tidak banyak, risiko untuk berlaku kecurian itu besar.

Lebih ratusan kali tabung masjid diceroboh, tetap juga dibuka sepanjang masa kepada orang ramai. Masjid yang dimaksudkan ialah Masjid Kg Gong Balai, Marang, Terengganu. Salah satu masjid contoh yang dibuka 24 jam tanpa was-was.

Pernah kami bertanya kepada timbalan pengerusi dan ajk masjid apakah sesuai dipraktikkan sebegitu. Jawapannya ringkas, tak apa itu rezeki dia dan percaya kepada konsep rezeki. Esok lusa dah penat dan bertaubat kembalilah dia menjadi jemaah tetap masjid.

Ada juga yang bila dah insaf dah berjaya, dikembalikan semula pada masjid jauh lebih besar dari yang diambil sebelum ni.

Ramai yang mencuri ni terpaksa, bukanlah bermaksud kita nak galakkan tetapi ia lebih baik disini (merujuk kepada masjid), dari masuk rumah orang kampung.

Walaupun ada kerugian, rezeki masjid tetap bertambah. Sekarang sistem keselamatan dah cukup lengkap dengan cctv dan alarm. Masih ada juga kes, tetapi tidaklah sekerap dulu. Jadi tak perlulah ditutup. Kita yakin dengan kuasa Allah.

Lagipun masjid ni dah puluhan tahun dibuka siang dan malam bagi memudahkan bagi siapa sahaja yang bermusafir.

Ada yang mengatakan sejak zaman british pun dah wujud masjid ni, menjadi tempat persinggahan istana dan pahlawan.

Perlunya kepandaian jawatankuasa untuk menguruskan masjid. Tanggungjawab itu besar untuk digalas. Beradab dalam menyantuni para jemaah juga antara asas yang sangat penting.

Begitu juga dengan jemaah atau anak kariah perlunya memberi sokongan dan kpercayaan kepada ajk. Jangan sesekali mengikut selera dan kepala sendiri.

Sekiranya wujud masalah, ingatlah semua itu ketentuan ilahi dan bersabar atas segala ujian. Apa yang diuruskan itu rumah DIA. Bukan mudah mengurus masjid.

Kita lihat ada satu kes tular yang melibatkan satu surau di Lembah Klang menghalau seorang jemaah yang sedang beriktikaf, ianya cukup menyedihkan.

Alasan menutup surau kerana pernah dimasuki penceroboh tidak lagi sesuai apatah lagi waktu yang ditutup itu antara subuh dan zohor kerana di waktu itu ramai yang membaca Al-Quran dan Dhuha.

Apapun, pastinya yang berlaku itu wujudnya seribu satu hikmah yang menjadi rahsia Yang Maha Esa. Begitulah….

Btw, korang yang ke Terengganu bolehlah singgah di masjid ni. Lokasinya menarik, boleh bersolat dan berehat di tepi pantai. Roti tempayan sebelah masjid memang sedap bohh, dijamin!. Makan sambil disulam tiupan angin segar Laut China Selatan, selera tu datang berganda.

Then ada satu lagi yang best dekat sini. Bila nak balik tu jangan lupa borong jagung penduduk tempatan. Aktiviti utama penduduk kampung ini antaranya ialah pertanian dan ia merupakan kawasan tanaman jagung hybrid terbesar di Terengganu. Nikmat apa lagi yang kamu dustakan.

Jenazah 13 pelajar UPSI dari HRPB, Ipoh dijangka tiba sekitar 4.00 pagi dan 2 jenazah dari Hospital Gerik 10.30 malam in...
09/06/2025

Jenazah 13 pelajar UPSI dari HRPB, Ipoh dijangka tiba sekitar 4.00 pagi dan 2 jenazah dari Hospital Gerik 10.30 malam ini.

Solat jenazah akan diadakan di Masjid Hadhari, Jerteh.

Terima kasih dan tahniah kepada semua pimpinan masyarakat, NGO, IPD Besut, masjid-masjid sekitar besut dan setiu yang memainkan peranan cukup baik dalam kelancaran urusan memandikan/ kafan dan seterusnya membawa pulang kesemua 15 jenazah ke kampung halaman.

Masjid Hadhari
Pertubuhan Amal Komuniti Besut
Pertubuhan Amal Setiu
Tengku Harith Team
Masjid Kg Raja
Ummah Care Pasir Puteh
Masjid Alor Lintang
Masjid Pengkalan Nyireh
Masjid Air Terjun
Masjid Nurul Iman
Masjid Keruak
Pejabat Khidmat DUN Kuala Besut

Semoga dipermudahkan segala urusan. Jazakumullah khairan katsira.

05/06/2025

Penjelasan berkait kekeliruan Puasa Hari Arafah

KEMBARA MASJID | Masjid Sri Sendayan N9 Masjid ini dibina pada tahun 2015 dengan menelan belanja sebanyak RM100 juta. Di...
04/06/2025

KEMBARA MASJID | Masjid Sri Sendayan N9

Masjid ini dibina pada tahun 2015 dengan menelan belanja sebanyak RM100 juta.

Diwakafkan oleh pengasas syarikat perbankan Kumpulan RHB, Tan Sri Abd Rashid Hussain.

Mampu menampung 6000 jemaah dalam satu-satu masa. Senibina masjid yang menawan ini diilhamkan dari bangunan Taj Mahal.

Boleh dimasukkan ke dalam senarai tempat wajib singgah sekiranya berkunjung ke negeri sembilan.

02/06/2025

KISAH AMIR DARI LIBYA YANG BERJAYA MENUNAIKAN HAJI SELEPAS TERTINGGAL FLIGHT MENUNJUKKAN BETAPA AJAIBNYA APABILA MANUSIA BENAR-BENAR BERTAWAKKAL KEPADA ALLAH SWT

MADAD salah satu institusi masjid yang boleh dicontohi. Sentiasa full house program yang dianjurkan. Pembangunan yang di...
01/06/2025

MADAD salah satu institusi masjid yang boleh dicontohi. Sentiasa full house program yang dianjurkan.

Pembangunan yang dirancang secara baik sebelum ini menghasilkan impak yang luar biasa.

Tahniah kepada Ustaz Yaakub Yusra dan pasukan.

Pecahan politik orang melayu. Sekurang-kurangnya biarlah perpecahan itu pada akhirnya mendatangkan manfaat kepada agama ...
31/05/2025

Pecahan politik orang melayu. Sekurang-kurangnya biarlah perpecahan itu pada akhirnya mendatangkan manfaat kepada agama dan bangsa kita.

30/05/2025

Tanggungjawab pemimpin melayu bersuara bilamana ada yang cuba mengganggu gugat bangsa dan agama kita.

30/05/2025

4 KALI PERMOHONAN TAULIAH UST TOKKU DITOLAK TANPA DIPANGGIL TEMUDUGA

30/05/2025

SERINGKALI PENDAKWAH DISEKAT DALAM SATU-SATU NEGERI HANYALAH KERANA PERBEDAAN POLITIK

Address

Rawang
47000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ixola Carpet HQ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ixola Carpet HQ:

Share