Batik Tanjung Bulat

Batik Tanjung Bulat Perusahaan Batik Canting Tanjung Bulat terletak di Kinabatangan. Merupakan perintis perusahaan batik di Pantai Timur Sabah. Komuniti Kg.

Tanjung Bulat merupakan antara komuniti yang aktif dalam menghasilkan pelbagai jenis kraftangan. Mereka sentiasa mendapat jemputan untuk menyertai kursus dan latihan anjuran KEMAS. Bertitik tolak daripada itu, ramai di kalangan komuniti ini cenderung dalam bidang seni kraftangan. Ironinya, ia tidak terhad kepada golongan wanita sahaja malah juga golongan lelaki. Antara seni kraftangan yang biasa d

ihasilkan adalah seperti hiasan rumah berasaskan kulit siput, aksesori manik dan gubahan bunga bonzai. Sesetengah daripada mereka turut menerima tempahan daripada kenalan terdekat. Kumpulan pengusaha kraftangan kampung ini menyedari aktiviti seni kraftangan yang biasanya sekadar menjadi pengisi waktu senggang ini, berpotensi - dibangunkan menjadi satu industri. Melalui beberapa siri bengkel dan perbincangan yang dikelolakan oleh Projek Sabah EU-REDD+ Kinabatangan, komuniti ini sepakat untuk meneroka dan berharap menjadi perintis kepada perusahaan mencanting batik di Pantai Timur Sabah.

Address

Kg. Tg. Bulat
Sabak Bernam District
90200

Telephone

+60179078619

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Batik Tanjung Bulat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share