14/09/2026
Pada 14 September 2026, pihak Rinleed Batik berbesar hati menerima jemputan daripada KEMAS Serting Hilir yang diketuai oleh Puan Sa’adiah binti Sharif untuk turut serta dalam menjayakan Program Bersama Komuniti sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke 69 Tahun dan Hari Malaysia.
Program yang berlangsung di Dewan Permata Budi, Felda Serting Hilir 7 telah dirasmikan oleh YBhg Dato’ Haji Shamshulkahar bin Haji Mohd Deli, Ahli Parlimen Jempol merangkap Pengerusi Kolej Poly-Tech Mara (KPTM).
Alhamdulillah dan ribuan terima kasih pihak Rinleed Batik ucapkan kepada komuniti Felda Serting Hilir yang telah terlibat dalam pertandingan mewarna batik ini dan tahniah diucapkan kepada para pemenang 🎉. Semoga dengan adanya program sebegini dapat memperkenalkan seni batik kepada masyarakat dengan secara dekat dan para peserta dapat merasai sendiri pengalaman dalam menghasilkan batik mengikut citarasa sendiri serta secara tidak langsung mampu mengeratkan hubungan sesama komuniti.
Akhir sekali, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak KEMAS Serting Hilir atas kepercayaan yang diberikan kepada Rinleed Batik. Rinleed Batik juga ingin mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia. Semoga semangat perpaduan, keharmonian dan kecintaan terhadap tanah air terus mekar dalam jiwa kita. Bersama-sama kita raikan warna-warni warisan Malaysia 🇲🇾❤️