Manao Craft

Manao Craft The Orang Asli Handicrafts

18/09/2025
15/09/2025
11/09/2025
01/09/2025
30/08/2025

[23 Ogos 2023; Majlis Pelancaran Buku Cerita Daripada Komuniti Orang Asli]

Persatuan Mahasiswa Orang Asli Malaysia ingin mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli persatuan yang telah terlibat dan berjaya menghasilkan serta menerbitkan karya cerita komuniti Orang Asli dengan kerjasama pihak Gamuda.
Sebuah Majlis Pelancaran Buku Cerita Daripada Komuniti Orang Asli telah diadakan di Quayside Mall, Telok Panglima Garang, Selangor yang melibatkan ahli-ahli PMOA. Antaranya

1. Eris Joshan A/L Chew Ho Beng (Lawatan ke Gunung Bah Gading),

2. Rosmahwati A/P Zulkifli (Abadinya Cinta Che dan Wong)

3. Aggyleean A/L Yusman (Berita Sedih dari Mencaaq)

4. Asmawati A/P Sepit (Tok Puyang Kampung)

5. Jenny Awalina A/P Jeff (Semangat Padi)

6. Rema A/P Ramli (Manusia Ular)

Turut hadir dalam majlis pelancaran ini adalah barisan penulis dan pengkarya dalam kalangan masyarakat Orang Asli seperti Mahat Akiya dan Bah Saluji yang turut bersama-sama menjayakan penerbitan buku ini.

Objektif kolaborasi ini adalah untuk mengangkat cerita atau riwayat masyarakat Orang Asli yang dahulunya hanya dikongsi secara lisan kepada sebuah karya fizikal yang berbentuk buku cerita selain dapat dikongsikan kepada generasi masyarakat Orang Asli tanpa sebarang batasan.

Tambahan lagi, pelaksanaan program ini dapat mencungkil bakat penulisan dan memantapkan penyusunan ayat dalam kalangan mahasiswa Orang Asli melalui bimbingan oleh beberapa individu yang terlibat. Penulis juga dapat memahami keharmonian antara manusia dan enititi alam yang wujud. Selain itu, cerita masyarakat Orang Asli ini juga perlu dikongsikan kepada masyarakat lain supaya dapat dijadikan pengajaran dan pedoman hidup.

Akhir kata, sekalung penghargaan dan ribuan ucapan terima kasih kepada Yayasan Gamuda yang diketuai oleh Dr. Ho Sook Wah selaku Ketua Unit Pendidikan Orang Asli di atas bimbingan dan sokongan yang diberikan untuk meneruskan penulisan, penghasilan dan penerbitan buku cerita masyarakat Orang Asli.Semoga lebih ramai lagi mahasiswa yang menceburi bidang penulisan pada masa akan datang.





Address

A16-05 Kalista 2 Seremban 2
Seremban
70300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60123822512

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Manao Craft posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Manao Craft:

Share