Nismilan Foodie Kambing Perap Misa

Nismilan Foodie Kambing Perap Misa Resepi mudah dan ringkas untuk panduan para peminat masakan

23/04/2026

Aku bina bunker kalis nuclear mewah

Tak Pandai Tak Apa, Asalkan Jangan Biadab
05/02/2026

Tak Pandai Tak Apa, Asalkan Jangan Biadab

Tak Pandai Tak Apa, Asalkan Jangan Biadab

Pernah tak jumpa orang yang bijak sangat, tapi bila bercakap, sakit hati mendengarnya?

Jujurnya, kita boleh terima kalau seseorang tu kurang mahir atau "slow" sikit nak faham kerja. Benda tu boleh diajar. Skill boleh diasah.

Tapi satu perkara yang orang susah nak telan ialah perangai atau attitude dia yang buruk.

Jangan sesekali biar orang menyampah atau benci kita sebab akhlak kita. Biar orang tak puji kepandaian kita, asalkan orang selesa dengan keberadaan kita.

Pegang prinsip mudah ni:

Orang yang beradab walaupun ilmunya biasa-biasa sahaja jauh lebih mulia dan mahal berbanding orang yang genius tapi sombong.

Kenapa?

Sebab ilmu tanpa adab ibarat senjata yang melukakan. Ia boleh buat orang lain rasa kecil hati dan terhina. Sebaliknya, adab yang tinggi mampu menutup kekurangan ilmu.

Di mata manusia, mungkin kita dihormati sebab sijil atau pangkat. Tapi hakikatnya, kemuliaan sebenar datang dari cara kita santuni orang lain.

Jadi, kalau rasa diri kita tak seberapa pandai, jangan risau.

Cover kekurangan tu dengan akhlak yang terpuji. Senyum, sapa, dan hormat kawan.

Percayalah, orang yang beradab takkan pernah rugi.

Kek Milo 3 Bahan 3 Cara
24/01/2026

Kek Milo 3 Bahan 3 Cara

Kek Milo 3 Bahan 3 Cara
2 cawan Milo
4 biji telur
2 sudu besar susu pekat
1. Blend semua bahan.
2. Masukkan adunan salam loyang.
3. Kukus selama 1 jam.
Dah siap! Selamat mencuba

Kredit resepi: Noriza Awang Hamat

🌿RESEPI TAKOYAKI
23/01/2026

🌿RESEPI TAKOYAKI

🌿RESEPI TAKOYAKI

📝 Bahan-bahan:

Untuk adunan:

1 cawan tepung gandum (atau tepung takoyaki jika ada)

1 biji telur

1 ½ cawan air sejuk

½ sudu kecil garam

½ sudu kecil serbuk perasa (contoh: serbuk ayam)

Isi Takoyaki:

Sotong (dipotong kecil) atau boleh guna crab stick / udang

Daun bawang (hiris halus)

Kubis (hiris halus)

Hiasan:

Sos takoyaki (boleh ganti dengan mayonis + sos cili/sos tomato)

Mayonis

serunding ikan bonito - optional

Serbuk nori (rumpai laut)

🔥 Cara-cara:

1. Buat Adunan:

Campurkan semua bahan adunan (tepung, telur, air, garam, serbuk perasa). Kacau sehingga sebati dan tidak berketul.

2. Panaskan Acuan Takoyaki:

Sapu sedikit minyak masak pada acuan dan panaskan dengan api sederhana.

3. Masukkan Adunan & Isi:

Tuang adunan sehingga hampir penuh dalam setiap lubang acuan.

Masukkan sotong/crab stick/udang, daun bawang dan kubis ke dalam setiap lubang.

4. Bakar & Putar:

Apabila bahagian bawah sudah keemasan, gunakan lidi untuk putar takoyaki perlahan-lahan hingga menjadi bulat sempurna. Teruskan putar sehingga masak sepenuhnya.

5. Hias & Hidang:

Angkat dan susun atas pinggan.

Paipkan sos takoyaki dan mayonis di atasnya.

Taburkan katsuobushi dan serbuk nori jika ada.

---

Tips: ✅ Gunakan api perlahan supaya takoyaki masak sekata.
✅ Boleh letak keju parut dalam untuk rasa lebih creamy.

📝 Bahan-bahan Sos Takoyaki:

3 sudu besar sos tomato

1 sudu besar kicap manis (contoh: Kicap ABC / Kicap Cap Kipas Udang)

1 sudu besar sos tiram

1 sudu besar gula

1 sudu kecil cuka (atau jus lemon)

---

🔥 Cara Buat:

1. Campurkan semua bahan dalam satu mangkuk.

2. Kacau hingga sebati dan gula larut sepenuhnya.

3. Siap! Boleh terus guna untuk paip atas takoyaki.

Elehh kita pun pernah masuk club tu jugakk
22/01/2026

Elehh kita pun pernah masuk club tu jugakk

Zaman skrg ni semua orang pernah masuk club yg dia maks**an tu ..

Ini doa agar anak terhindar dari zina, sebarkan!
21/01/2026

Ini doa agar anak terhindar dari zina, sebarkan!

Berdoa untuk melindungi anak dari perbuatan zina adalah keinginan yang sangat baik dan penting dalam Islam.

Selain berdoa, penting juga untuk memberikan pendidikan agama yang kuat, membimbing anak dengan nilai-nilai moral, dan menciptakan lingkungan keluarga yang mendukung perkembangan spiritual mereka.

Kredit: Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani

Wahai para isteri taatilah Allah, Rasul & Suamimu kerana ia anak kunci pintu syurgamu.
21/01/2026

Wahai para isteri taatilah Allah, Rasul & Suamimu kerana ia anak kunci pintu syurgamu.

Wahai para isteri taatilah Allah, Rasul & Suamimu kerana ia anak kunci pintu syurgamu. Nanti kamu hanya pilih pintu syurga manakah yang kau s**a.

Address

Seremban
70300

Telephone

+60182404788

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nismilan Foodie Kambing Perap Misa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Nismilan Foodie Kambing Perap Misa:

Share

Category