11/07/2023
Setiap orang memiliki posisi tidur yang berbeza-beza bergantung kepada individu dan keadaan badannya. Terdapat beberapa posisi tidur yang sering menjadi posisi umum yang biasa kita ketahui, iaitu:
✅ Posisi tidur terlentang
Tidur secara terlentang iaitu punggung dan kepala di sokong oleh bantal untuk mendapat tidur yang selesa.
✅ Posisi tidur mengiring
Ada yang tidur secara mengiring, tak kisahlah kiri atau kanan. Namun, kedudukan ini dapat mengurangkan masalah sleep apnea dan gejala refluks asid.
✅ Tidur dengan menggunakan bantal di antara lutut anda
Sekiranya anda tidur secara mengiring, letakkan bantal di antara lutut boleh membantu memastikan tulang belakang anda sejajar dan mengurangkan tekanan pada pinggul dan belakang.
✅ Posisi tidur janin
Posisi tidur janin ialah apabila seseorang tidur dalam keadaan terlentang dengan lutut dibengkokkan ke arah dada. Kedudukan ini sangat selesa kerana ia mengurangkan tekanan pada bahagian bawah punggung.
Selain itu, anda juga dinasihatkan agar memberi perhatian kepada kualiti bantal dan tilam. Tilam jangan terlalu keras atau terlalu lembut. Manakala bantal yang digunakan haruslah menetapi keselesaan dan mengutamakan kebersihan.
Secara keseluruhannya, tidur adalah sangat penting bagi memastikan badan anda mendapat rehat yang cukup.