30/03/2024
Part 4
Pernah tak korang dengar Forward & Reverse Fan?
Kipas ni rupa sama je macam kipas siling rumah kita tu.. Cuma bezanya kipas ni oleh putar pada 2 arah berbeza:
1) Putar ikut arah jam (clockwise)
2) Putar melawan arah jam (anti-clockwise)
Tahu tak kome 2 putaran ni akan berikan kesan yang berbeza pada pengedaran udara tau!
Sebenarnya kipas angin yang ada fungsi forward & reverse ni selalunya ada di kediaman untuk luar negara yang ada 4 musim, tapi disebabkan kipas ini ada terjual di Malaysia, ramai juga yang membeli model kipas sebegini kerana kelihatan moden, ada remote control & kebiasaannya menawarkan sehingga 7 kontrol kelajuan, dan siap pasang lampu LED 3 warna.
Sebab tu ramai pelanggan berminat dengan kipas multi-fungsi ini. Namun ia tidak menjadi masalah jika kita memasang kipas multi-fungsi. Jom kita pelajari apa itu forward & reverse!
Fungsi forward:
Apabila musim panas kipas, tukarkan arah kipas ke lawan arah jam maka ia akan memberi kesan sejuk pada kita.
Fungsi reverse:
Apabila musim sejuk p**a kipas berputar ikut arah jam supaya angin naik keatas siling, maka udara panas siling akan bergerak kebawah agar kita akan berasa selesa pada waktu sejuk.
Jadi korang yg ada kipas model macam ni kena tekan button yg betul iaitu forward/ lawan arah jam agar anda berasa sejuk dan selesa. Walaupun pada kelajuan Min hingga sederhana.
Takdalah korang hairan kenapa kipas ni tak rasa sejuk pon.. dah tekan kelajuan Max tapi bahang je.. tak pasal-pasal korang pergi beli baru sebab ingat kipasnya rosak/ dah tak power… kan bazir duit tu
Sekarang dah faham kan pasal kipas siling ni. Sekian, terima kasih kerana sudi membaca
Haa gituww