Azlin Nordin Official

Azlin Nordin Official Co Founder BinNurdin | Writing | Pakar Kelengkapan Umrah Haji Anda

Patik sekalian di BinNurdin berasa amat bertuah dan berbesar hati atas kunjungan DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Sha...
11/10/2024

Patik sekalian di BinNurdin berasa amat bertuah dan berbesar hati atas kunjungan DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah yang sudi mencemar duli ke premis kami hari ini.

Kunjungan ini menjadi satu kenangan manis dan inspirasi untuk terus berusaha memartabatkan kualiti perkhidmatan kami demi memudahkan persediaan para jemaah Haji dan Umrah. Terima kasih Tuanku atas penghormatan ini.

Daulat Tuanku! 🙏🏻

Bila ada tender nak kena submit. Sample produk nak kena review. Meja dah tak rupa meja. Mana tempat nak menulis pun tak ...
21/09/2024

Bila ada tender nak kena submit. Sample produk nak kena review.

Meja dah tak rupa meja. Mana tempat nak menulis pun tak tau.

Siap ada mesin bp.

"You don't make my blood go upstairs you know."

😆😆😆

Sunday breakfast with family. Good food nice place at Hujung Home Cafe, Seksyen 7, Shah Alam.Kafe ni hanya beroperasi se...
15/09/2024

Sunday breakfast with family. Good food nice place at Hujung Home Cafe, Seksyen 7, Shah Alam.

Kafe ni hanya beroperasi setiap hari Sabtu dan Ahad je. Menu very simple. Ada nasi dagang, nasi lemak, pasta, lasagna dan kek.

Alhamdulillah just a small area tapi food sedap. Pinggan klasik corak bunga kangkung. Kopi O kampung bayar sekali boleh refill ikut kita nak.

Nasi dagang style Terengganu dan gulai ikan tongkol dia sedappp sangat. Sempat berbual dengan owner, memang cucu orang Terengganu rupanya. Sama la kita kak.. hihi.

InsyaAllah boleh singgah lagi next time.

Boleh check it our diorang punya Tiktok account.

Tekan sini: https://www.tiktok.com/?_t=8pk2K5VIMSX&_r=1

"Jom ma.""Kejap bang, mata mama berpinar ni. Tak boleh nak keluar," balas saya.Sesekali memang ada silau yang muncul di ...
11/09/2024

"Jom ma."

"Kejap bang, mata mama berpinar ni. Tak boleh nak keluar," balas saya.

Sesekali memang ada silau yang muncul di mata belah kiri saya. Satu garisan bercahaya yang akan mengganggu penglihatan saya ketika memandu atau ingin membaca.

Kali ini garisan itu agak besar dan menyukarkan saya untuk melihat dengan jelas. Risau p**a nak melintas jalan bawa anak.

"Abang, tolong buka handphone cari Asmaul Husna-Allah Maha Melihat."

"Al-Basir-Maha Melihat."

Saya bacakan zikir Allahumma Ya Basir 40 kali di ikuti dengan Allahuma Ya Bariq 40 kali. Saya tiupkan di telapak tangan dan sapukan pada kedua belah kelopak mata yang terpejam.

Perlahan-lahan saya urutkan dahi dan sisi mata. Terdetik juga rasa risau jika tak dapat memandu kenderaan untuk p**ang. Dengan penuh rasa tawakal dan berserah padaNya.

Kelopak mata saya buka perlahan-lahan. SubhanaAllah. Allahu akhbar.

Hilang. Hilang semua garisan cahaya silau tadi. Menitik airmata saya. Sebak terus rasa di dada.

Allah SWT Maha Mengetahui terhadap segala hal yang terjadi dan tiada satu apa pun yang dapat sembunyi dari pandangan Allah. Penglihatan Allah SWT tidak terbatas.

Sebagaimana bunyi firman-Nya dalam surah Al Hujurat ayat 18,

إِنَّ ٱللَّهَ يَعْلَمُ غَيْبَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ ۚ وَٱللَّهُ بَصِيرٌۢ بِمَا تَعْمَلُونَ

Artinya: "Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ghaib di langit dan bumi. Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan."

Dalam detik penuh keajaiban itu, saya sedar, betapa kecilnya ujian ini dibandingkan dengan rahmat Allah yang tiada bertepi. Kasih sayang-Nya begitu luas, menyelimutkan setiap langkah kita. Dia tidak pernah meninggalkan hamba-Nya terkapai sendirian.

Hari ini terima parcel dari J&T. Bila terima bungkusan berat semacam je. Packaging agak besar juga.Puas saya fikir bila ...
10/09/2024

Hari ini terima parcel dari J&T. Bila terima bungkusan berat semacam je. Packaging agak besar juga.

Puas saya fikir bila saya order online. Rasa macam tak ada order apa-apa. Tapi alamat penerima memang sah nama saya.

Tangan laju dok menekan platform online shopping di telefon. Semak di Shopee tak ada. Swipe lagi ke platform lain. Macam takde juga.

Hmm.. sekali baru teringat saya ada order masa tonton live di Tiktok semalam sambil tunggu anak balik sekolah.

Alamak... inilah di namakan Impulsive buying.

Impulsive buying (pembelian impulsif) adalah pembelian yang dilakukan secara spontan, tanpa perancangan atau tanpa dirancang.

Ia sering terjadi apabila seseorang tertarik dengan sesuatu produk secara tiba-tiba, mungkin kerana tawaran diskaun, iklan yang menarik, atau perasaan emosi yang didorong oleh keinginan sesaat.

Pembelian impulsif biasanya berlaku tanpa memikirkan sama ada produk tersebut benar-benar diperlukan atau sepadan dengan bajet yang ada.

Kebanyakkan pembeli yang masuk dalam live di waktu kemuncak ada possibility untuk membeli secara tidak sengaja. Antara faktor yang paling kuat adalah emosi. Penat tunggu anak terus tershopping di Tiktok.

Siapa biasa buat pembelian yang macam ni? Mesti ada kan.. cepat baik mengaku.

Sabtu lepas sempat luangkan masa dengan rakan business dari kelas Tiktok yang saya join.Alhamdulillah masing-masing sali...
09/09/2024

Sabtu lepas sempat luangkan masa dengan rakan business dari kelas Tiktok yang saya join.

Alhamdulillah masing-masing saling membantu. Saya ni kalau bab teknikal sikit contoh untuk setting ads memang agak slow sikit. Hihi..

Syukur ada circle positive yang sanggup terangkan semula apa yang mentor kami ajar. Maklum la selalu minta Azean Nordin je yang uruskan bab teknikal. Bila kena buat sendiri terkial-kial le jawabnya.

Sekarang masa untuk mulakan langkah satu demi satu. Susun semua konten di Facebook, Instagram dan Tiktok agar semuanya selari dengan isi kandungan dan audience masing-masing.

Bismillahi tawakkaltu 'alallah, laa haula wa laa quwwata illaa billaah

P/s: terima kasih semua yang doakan saya sehat. Alhamdulillah makin baik dan sudah kembali bekerja seperti biasa.

Address

17 Jalan Tukul N15/N, Seksyen 15
Shah Alam
40000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Azlin Nordin Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Azlin Nordin Official:

Share