30/09/2026
337 @ TAMAN BENTARA 17 TLK PANGLIMA GARANG
BAHAGIAN : RUANG DAPUR
Pilihan rekaan dapur ini menampilkan tema moden minimalis yang nampak kemas. Gabungan warna lembut dengan rekaan kabinet yang ringkas menjadikan ruang dapur kelihatan lebih luas dan selesa. Kabinet yang dibina sehingga hampir ke siling juga membantu menambah ruang simpanan serta menjadikan keseluruhan dapur nampak lebih eksklusif dan teratur.
Rekaan ini menyediakan kawasan kerja yang luas untuk aktiviti memasak, penyediaan makanan dan mencuci tanpa mengganggu pergerakan di dalam dapur. Kedudukan kabinet yang tersusun juga memudahkan akses kepada barang keperluan dapur serta membantu memastikan setiap ruang dimanfaatkan dengan baik.
Pemilihan material, pintu Wall Unit dan Base Unit menggunakan konsep Shaker HPL Blockboard dengan kemasan warna (Peanut) yang memberikan suasana lembut, moden dan mudah dipadankan dengan pelbagai konsep rumah. Bahagian backsplash dan table top menggunakan Quartz Stone White kerana tahan lasak, mudah dijaga dan memberi sentuhan yang lebih premium pada keseluruhan dapur.
Dari sudut saiz, Base Unit mempunyai panjang keseluruhan 13 kaki, manakala Wall Unit sepanjang 9 kaki. Turut disediakan Tall Unit (Fridge Cabinet) sepanjang 3 kaki untuk menempatkan peti sejuk dengan lebih kemas dan tersusun. Keseluruhan ketinggian kabinet adalah 9.5 kaki dari lantai, memberikan lebih banyak ruang simpanan dan menjadikan dapur nampak lebih tinggi serta menarik.
Untuk pemilihan warna, AZR Kitchen menyediakan lukisan 3D (Render) bagi membantu pelanggan membuat pilihan yang tepat. Dengan visual yang jelas, pelanggan tidak perlu lagi berimaginasi โ semuanya boleh dilihat lebih awal sebelum keputusan dibuat.
Jika anda ada persoalan berkaitan binaan kabinet, apakata whatsapp je kami. Tekan button Whataspp di bahagian atas page. Team sales designer kami sedia membantu anda. Jika sudah ada ukuran dan design lengkap, kami boleh trus dapatkan harga secara atas talian atau lawati Showroom kami untuk membuat tempahan kabinet atau dapatkan consultation sebut harga secara percuma.
http://www.wasap.my/60176545761
http://www.wasap.my/60176545761