08/09/2026
Pengarah serta warga kerja Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarhamah Puan Ngot Binti Bi, Adiguru Kraf Anyaman Bergerang (Sarawak) telah kembali ke Rahmatullah pada 7 September 2026 (Isnin).
Sumbangan beliau dalam memelihara dan mewariskan kemahiran kraf kepada generasi seterusnya amat bermakna kepada industri kraf negara. Jasa dan bakti beliau akan terus dikenang dan dihargai.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah.