Kelas Masakan, Roti dan Kek 1 Malaysia

Kelas Masakan, Roti dan Kek 1 Malaysia Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kelas Masakan, Roti dan Kek 1 Malaysia, Kitchen/Cooking, Sungai Petani.

RESIPI BUTTER CHEESE CAKE bahan23/4 cawan butter1/2 @ 125g dari pack 250g cream cheese1 cawan gula castor5 biji telur (A...
06/02/2024

RESIPI BUTTER CHEESE CAKE

bahan2
3/4 cawan butter
1/2 @ 125g dari pack 250g cream cheese
1 cawan gula castor
5 biji telur (A)
2 sudu kecil esen vanilla
1/4 sudu kecil garam
2 cawan tepung gandum } ayak
1 + 1/2 sk baking powder } sekali

Cara-cara membuatnya:

– Mix butter + cheese hingga kembang..

– Masukkan gula sedikit demi sedikit, mix hingga putih creamy …

– Masukkan esen vanilla + garam..

– Masukkan telur sebiji demi sebiji, mix lagi hingga gebu..

- Mas**akn tepung sedikit demi sedikit, mix sebati..

Bakar pada suhu 160°c 45- 1 jam @ sehingga masak..

* sis guna loyang bulat 8″

kredit empunya resipi

Roti Kukus Kaya Cheese LelehTengah malam macam ni kalau lapar msti nak cari masakan yg simple selain meggi kann . Hehehe...
06/02/2024

Roti Kukus Kaya Cheese Leleh

Tengah malam macam ni kalau lapar msti nak cari masakan yg simple selain meggi kann . Hehehe . Nahh , min belanja resepi yg simple glerr plus rasa yg membawa kita ke kayangan . Seriousss , mmg sedap .

resepi senang je..
*roti
*cheese
*battercup
*kaya

belah roti jd dua... sapukan batter.... lapiskn dengan kaya... lepas tu letak cheese atas dia... kukus dlm 5minit siap... boleh ngap.... sedap nya xpdang da org sblh..

Kredit resepi ini tidak dapat dikesan . Sekiranya anda pemilik resepi ini , boleh pm admin utk kredit nama anda nnt ❤️

Sumber : Cari Resepi

𝑷𝒆𝒓𝒉𝒂𝒕𝒊𝒂𝒏 𝒘𝒂𝒓𝒈𝒂 𝑨𝒎𝒑𝒂𝒏𝒈 𝒅𝒂𝒏 𝒃𝒆𝒓𝒅𝒆𝒌𝒂𝒕𝒂𝒏, 𝒂𝒏𝒅𝒂 𝒊𝒏𝒈𝒊𝒏 𝒎𝒆𝒏𝒄𝒖𝒃𝒂 𝒅𝒍𝒎 𝒃𝒊𝒅𝒂𝒏𝒈 𝒑𝒂𝒔𝒕𝒓𝒚???🥐 KELAS PASTRY PRAKTIKAL 🥨(Menu terpaling ...
05/02/2024

𝑷𝒆𝒓𝒉𝒂𝒕𝒊𝒂𝒏 𝒘𝒂𝒓𝒈𝒂 𝑨𝒎𝒑𝒂𝒏𝒈 𝒅𝒂𝒏 𝒃𝒆𝒓𝒅𝒆𝒌𝒂𝒕𝒂𝒏, 𝒂𝒏𝒅𝒂 𝒊𝒏𝒈𝒊𝒏 𝒎𝒆𝒏𝒄𝒖𝒃𝒂 𝒅𝒍𝒎 𝒃𝒊𝒅𝒂𝒏𝒈 𝒑𝒂𝒔𝒕𝒓𝒚???

🥐 KELAS PASTRY PRAKTIKAL 🥨
(Menu terpaling viral & sesuai untuk newbie)

Jom semua kita pakat pakat join kelas pastry 😍

Yuran berpatutan, anda buat, cikgu ajar 😍

✅ Anda buat, Cikgu ajar 💯 HANDS ON!
✅ Hasil boleh bawa balik
✅ Bahan & Peralatan disediakan
✅ Cikgu akan ajar dari A-Z (basic)
✅ Modul kelas yang lengkap untuk peserta. Sama ada untuk buat tempahan berniaga
🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹
🗓️ 10 Februari 2024 (SABTU)
🕰️ 9:30am
🏡 Ez Training, Ampang
✨MENU KELAS✨

🥐 Croissant
🍩 Crombolini
🧁 Fruit Danish Pastry
📜 SIJIL PENYERTAAN DIBERIKAN🛑🛑🛑🛑🛑🛑🛑🛑🛑
‼️‼️ TERHAD KEPADA 10 ORANG TERAWAL DENGAN PEMBAYARAN SAHAJA ‼️‼️

Yuran? 💰 HANYA
‼️ RM159 SAHAJA ‼️ (asal RM350)
‼️ RM159 SAHAJA ‼️
‼️ RM159 SAHAJA ‼️
Tempat adalah terhad! First come, first serve 🥰
Nak tahu lebih lanjut? Sila click link wasap.my/601124290709/kelaspastryAmpang

𝗥𝗘𝗦𝗘𝗣𝗜 𝗣𝗨𝗗𝗜𝗡𝗚 𝗞𝗔𝗥𝗔𝗠𝗘𝗟                                         ➖➖➖Saiz : Loyang bulat 6 inci.𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗥𝗔𝗠𝗘𝗟50 g  gula pasi...
04/02/2024

𝗥𝗘𝗦𝗘𝗣𝗜 𝗣𝗨𝗗𝗜𝗡𝗚 𝗞𝗔𝗥𝗔𝗠𝗘𝗟
➖➖➖

Saiz : Loyang bulat 6 inci.

𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗥𝗔𝗠𝗘𝗟
50 g gula pasir
50 g air panas
Secubit garam

𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗣𝗨𝗗𝗜𝗡𝗚
4 biji telur B
200 g susu full cream
75 g susu pekat
125 g air
1/2 SUDU KECIL oren Sunquick
1/2 SUDU KECIL esen vanilla

🔖𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗗𝗜𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗥𝗔𝗠𝗘𝗟

1️⃣ Masukkan gula dalam kuali. Panaskan hingga gula mulai cair. Tak perlu kacau. Bila separuh dari gula dah mula cair, baru kacau perlahan2 supaya sekata.

2️⃣ Masak hingga air gula bertukar perang. Tuang air PANAS sikit demi sedikit sambil dikacau. Masukkan secubit garam untuk rasa lemak. Kacau sebati

(HATI2 ..bila tuang air, wap panas akan naik ke atas)

Mesti guna air panas. Jika guna air sejuk, karamel akan mengeras dan perlu dimasak lama untuk mencairkan semula karamel.

3️⃣ Tuang karamel dalam loyang 6 inci . Ketepikan sebentar.

🔖𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗗𝗜𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗨𝗗𝗜𝗡𝗚

1️⃣ Satukan telur, susu, air, Sunquick & esen vanila.
Sunquick & esen vanila fungsinya untuk hilangkan bau telur

2️⃣ Whisk sehingga semua bahan sebati.

3️⃣ Tapis adunan ke dalam loyang karamel.

🔖𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗠𝗔𝗦𝗔𝗞

1️⃣ Panaskan oven pada SUHU 170 C.

2️⃣ Sediakan satu lagi loyang yang lebih besar. Letak loyang yang berisi puding karamel di dalamnya.

Tuang air dalam loyang besar sehingga ketinggian 1 cm. Teknik ini di kenali sebagai "water bath"

3️⃣ BAKAR puding pada SUHU 170 C, selama 1 JAM, API ATAS BAWAH

4️⃣ Dah masak, keluarkan. Rehatkan hingga sejuk.

5️⃣ Dah sejuk, simpan dalam peti ais 3-4 jam. KShima simpan semalaman.

6️⃣ Keluarkan dari peti sejuk, sisip bahagian tepi & terbalikkan.

7️⃣ Sedia untuk dihidangkan😍

Kredit Shima Bakar

04/02/2024
*Brownies Cookies*-350 gm coklat masakan(nina guna yang timbang je xde brand)-4sudu besar marjerin pelangi, (nak guna bu...
04/02/2024

*Brownies Cookies*

-350 gm coklat masakan(nina guna yang timbang je xde brand)
-4sudu besar marjerin pelangi, (nak guna butter pun boleh)
*double boiler kan coklat&marjerin(nina cairkan atas periuk pengukus)
-3biji telur
-1sudu kecil esen
-1cawan gula halus(di ayak) nina blend gula biasa je
-1cawan tepung gandum+2sudu besar serbuk koko(ayak)
*whisk telur dan esen vanila hingga berbuih(nina whisk guna garfu je)
*masukkan gula dan whisk hingga gula larut(pastikan betul betul larut ehh)
*masukkan coklat&marjerin yg di double boilerkan dan kacau hingga sebati(semasa panas2)
*masukkan tepung&serbuk koko dan sebatikan
*perap adunan 20minit(tutup permukaan mangkuk adunan)
*panaskan oven suhu 170°
*masukkan adunan ke dalam piping beg dan paipkan adunan
*tabur badam
*bakar suhu 150° api atas bawah 25-30minit
**tunggu sejuk baru cookies rangup
**kena pastikan betul2 masak baru rangup
**lebih bakar takpe jangan terkurang nanti cookies lemau tak rangup
**kalau adunan agak pekat sikit takpe jangan risau ehh nanti masuk oven dia cantik elok je..

Resepi popia sedap..bahan inti1 biji sengkuang besar 500gm2 batang carrot20-25 ekor udang buang kulit cincang(jgn blende...
04/02/2024

Resepi popia sedap..

bahan inti
1 biji sengkuang besar 500gm
2 batang carrot
20-25 ekor udang buang kulit cincang(jgn blender)
2 ulas bawang putih cincang.
1 pack perencah sup sayur adabi
2 sudu lada sulah
garam
minyak bijan 2-3sudu
bawang goreng segenggam..

-tumis bawang putih dan isi udang,dah naik bau masukkn hirisan sengkuang dan carrot gaul sekata jgn overcooked,masuk kn garam rencah sup adabi,renjis minyak bijan ckit..masak agak2 lembut carrot tu dah siap tabur bwanv goreng,tos kan spy x berair masa nak wrap..
kulit popia guna yg size besar,,gulong longgar2 spye masa goreng kulit garing smpai ke dlm..
*tips menggoreng,pastikn kulit betol2 garing.
*selepas menggulung pastikn tepung yg kt buat gum betol2 kering supaya kulit popia x lembik.
* saya s**a gulung popias x terlalu ketat supaya minyak boleh masuk ke lapisan dlm dan smua bahagian kulit sekata garing.
*masa menggoreng agak lama dan api dapur jgn terlalu panas @ slow..
*lepas goreng tos minyak,biase sya letak atas kertas minyak 2-3kali utk elak bekas bungkus mkanan berminyak dan lemau kan popia.
*sya guna sekdar bawang goreng spye popia x lemau dek kerana basah ye bawang merah.
*inti popia wajib tos supaya air @ kuah x buat kn kulit kembang.
* kuah inti popia tu jgn buang blh buat rencah goreng sayur kobis dll jenis sayur.sedappl👍🏻👍🏻👍🏻
bahan2 sos

sos agak2 kene rase gula dan garam ikot selera,,,
2 ulas bawang putih
7-8 batang lada merah
10 btg cili merah
4-5 sudu cuka
4-5 sudu sos tomato
garam
gula
1 sdu tepung jagung
blend smua bahan masak atas dapo smpai mendidih..
last masukkn tepung jagung agak2 nk cair @ pekat..

Kredit Resepi : nuraini whd mua

Ini namanya punten. Menu tradisional orang jawa yang sangat lazat dan sedap. Resepi punten : (menu yg sgt lazat org jawa...
04/02/2024

Ini namanya punten. Menu tradisional orang jawa yang sangat lazat dan sedap.
Resepi punten : (menu yg sgt lazat org jawa)
1:3 s**atan beras dan santannya.
==============
2 pot beras.
6 pot santannya. Saya guna sebiji kelapa.
Sedikit garam bagi rasa lemak. Janganlah p**a letak sekilo ya 😂😂😂
Letak sikit kelapa parut (s**a hati nak letak ke tak)
Cara:
Cuci beras sampai bersih, lepas itu masuk santan, garam, kelapa parut. Masak macam masak nasi lemak, cuma lebihkan airnya.
Lepas tu bila dah kering airnya, matikan api. Kacau dan kaup balikkan. Ambil botol, sarung dengan plastik bagi dia mudah untuk menumbuk bagi lagi tekstur lumat. Botol apa-apa pun boleh, saya guna botol sos tomato. Kalau suami saya dia guna pelepah kelapa yang di repair bagi cantik dan guna sebagai alat menumbuk. Nampak lagi tradisional kan? 😂😂
Dah lumat, kepal-kepalkan bentuk ikut s**a. Kalau panas alas dengan plastik. Kalau tangan kebal, ok je. Nak cun guna acuan kuih pun boleh. Kalau style suami saya dia akan alas talam atau loyang dengan daun pisang. Lepas tu tuang je yang dalam periuk atas tu dan ratakan. Kemudian, sejukkan. Dah sejuk baru potong ya. Rupanya dia cantik bila di potong ikut persegi!
Sambal bilis:
Sengenggam cili api. Nak pedas berdengung tambah lagi lah. Ikut s**a nak banyak mana.
Bawang merah 7-8 biji.
Bawang putih 3-4 biji.
Ikan bilis 2 genggam. Sengenggam aje yang di blend. Selebihnya nanti tabur aje dalam sambal masa dimasak nanti.
Sedikit belacan jika s**a.
Garam dan gula secukup rasa.
Asam keping dalam 1-2 keping.
Masak semua dan bila dah masak bolehlah digandingkan dengan Punten tadi.
Boleh save jika s**a 😉
Resepi : Mariyati Miskon

𝑰𝒏𝒈𝒊𝒏 𝒎𝒆𝒏𝒄𝒖𝒃𝒂 𝒅𝒍𝒎 𝒃𝒊𝒅𝒂𝒏𝒈 𝒑𝒂𝒔𝒕𝒓𝒚 ❓Belajar dari membuat laminating doh - membentuk - bakar - bawa balik hasil Cromboloni +...
04/02/2024

𝑰𝒏𝒈𝒊𝒏 𝒎𝒆𝒏𝒄𝒖𝒃𝒂 𝒅𝒍𝒎 𝒃𝒊𝒅𝒂𝒏𝒈 𝒑𝒂𝒔𝒕𝒓𝒚 ❓

Belajar dari membuat laminating doh - membentuk - bakar - bawa balik hasil

Cromboloni + croissants + Danish pastry

Kelas secara Hands on (praktikal)

Harga asal RM350

Harga PROMOSI ‼️
RM150 sahaja
RM150 sahaja
RM150 sahaja

Sijil penyertaan diberikan ✅

www.wasap.my/601124290709/kelaspastry

KEK COKLAT MOISTA1/2 cwn Air panas1/2 cwn minyak1/2 cwn gula1/2 cwn susu pekat1 sdt asen vanilla1 biji telur(saya x tuli...
04/02/2024

KEK COKLAT MOIST

A
1/2 cwn Air panas
1/2 cwn minyak
1/2 cwn gula
1/2 cwn susu pekat
1 sdt asen vanilla
1 biji telur(saya x tulis mcm ni ramai x perasan,ayat kt bawah saya dh tulis,TAPI kalau x letak telur pun boleh,saya dah slalu buat jugak)
-Campur semua bahan kacau sampai gula hancur..lepas tu masukkan telur sebiji kacau lagi hingga sebati

B
1 cwn tpung gandum
1/2 cwn serbuk koko
1sdt baking powder
1sdt soda bicarbonate

CARANYA:
-ambil bahan B masukkan dalam bahan A tadi kacau sebati..kukus dlm 45minit siap
-loyang/bekas sapu minyak dlu
-Panaskan pengukus hingga air mendidih baru mas**an adunan

Kredit:arm ika

RESEPI PENCICAH THAI SEDAP!1) Bawang putih: 7-8 ulas2) Cili : bergantung pada kepedasan Masing23) Akar pakchi 4) limau n...
15/01/2024

RESEPI PENCICAH THAI SEDAP!

1) Bawang putih: 7-8 ulas
2) Cili : bergantung pada kepedasan Masing2
3) Akar pakchi
4) limau nipis 6-7 biji
5) 2 sudu sos ikan

- Tumbuk bawang putih, cili dan akar ketumbar. Saya guna chopper, sebab malas nak tumbuk 😅

- Kemudian letak sos ikan dan gaulkan sekali.

- Perah limau nipis , letak gula, garam sikit je dan perasa.

- Daun ketumbar potong2 dan gaulkan je. Kalau tak nak potong dan nak lagi senang korang chopper kan skali daun ketumbar tu😅) siapppp...

Nota: kalau pencicah tu pekat sangat boleh tmbah sedikit air suam

Boleh la untuk jadikan pencicah untk kerang, udang, sotong, ikan, ayam, yg telah direbus atau dibakar. Yang saya buat sotong sumbat Bakar.

Kredit : Siti Zubaidah Ibrahim




Jom minum petang dengan ROTI NAN CHEESE 🤗 Simple menu untuk minum petang/breakfastBAHAN-BAHAN :√ 2 cwn tepung gandum√ 1 ...
15/01/2024

Jom minum petang dengan ROTI NAN CHEESE 🤗

Simple menu untuk minum petang/breakfast

BAHAN-BAHAN :

√ 2 cwn tepung gandum
√ 1 ½ sudu besar yis
√ 2 sudu besar marjerin
√ 2 sudu besar gula
√ 1 sudu besar susu pekat manis
√ ¾ cawan air suam
√ Secubit garam
√ Cheese mozarela

CARA MEMBUATNYA :

1. Campur yis, gula & susu pekat dlm air suam. Tunggu yis kembang.

2. Gaul marjerin & garam dengan tepung gandum.

3. Masukkan campuran yis, gaul rata sehingga adunan tak melekat di tangan.

4. Rehatkan doh 30-45 minit.

5. Tumbuk² doh untuk buang angin, bentukkan bulat. Gelek dan letak cheese.

6. Bulatkan dan gelek semula. Rehatkan doh sekejap.

7. Boleh masak atas pan. Tutup pan dan masak dengan api kecik.

8. Setelah masak boleh sapu sikit marjerin di bhgian atas untuk efek kilat.

*Adunan 2 cawan tepung boleh dapat 4 keping nan size macam dalam gambar*

Kredit : Siti Ayu Ishak

SELAMAT MENCUBA 👍

Address

Sungai Petani
08000

Telephone

+601124290709

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelas Masakan, Roti dan Kek 1 Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share