Petua Dapur

Petua Dapur Kerepek pedas kaww untuk peminat makanan pedas tegar

06/12/2021

Saksikan Perisytiharan HARI BATIK MALAYSIA oleh YAB Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia pada :🔸1 Disember 2021 (RABU)🔸8.00 malam🔸B...

Sedapnye.......
24/10/2014

Sedapnye.......

Tips Membeli Makanan Sihat1. FOKUS- tumpukan perhatian untuk beli barangan yang ingin dibeli sahaja apabila anda berada ...
18/10/2014

Tips Membeli Makanan Sihat

1. FOKUS
- tumpukan perhatian untuk beli barangan yang ingin dibeli sahaja apabila anda berada di kedai/pasaraya. Latih diri untuk tidak menghampiri rak kawasan dalam senarai barangan anda.

2. BAHAN
- Elakkan beli makanan yang mengandungi istilah bahan kimia yang banyak.

3. GANDUM
- Jangan terpengaruh kepada makanan yang mengandungi gandum di dalamnya kerana ada dua jenis gandum. gandum pertama ialah gandum sebenar dan kedua adalah gandum pelbagai. Pilihlah yang mengandungi gandum sebenar kerana kandungan gizi di dalamnya lebih tinggi.

4. LEMAK
- Latih diri untuk melihat label makanan sebelum membeli. Lihat kadungan lemak dan garam. Pilih makan yang mengandungi makanan lemak tidak tepu dan rendah lemak.

Buatlah keputusan yang bijak dan memberi manfaat kepada tubuh kita :)

IKAN TUMBUK Best in Town - our new baby sambal in the houseAdmin nak buka pre-order untuk uolls yang nak rasa..Rasa? Mem...
14/10/2014

IKAN TUMBUK Best in Town - our new baby sambal in the house
Admin nak buka pre-order untuk uolls yang nak rasa..
Rasa? Memang sedap..
Testi pun b*k bagi feedback anak-anak pun s**a mkn..
Ikan Tumbuk ni apa? Ikan tumbuk ni macam sambal kering..
Ramuan >>> ikan selayang, cili kering, bawang etc..
Ala2 sambal hitam juga tapi ikan tumbuk ni warna merah n kurang pedas sket dari sambal hitam..
Boleh dimakan dengan nasi, bubur, mee, roti, piza n up to uolls nk tabur kat makanan kegemaran oulls..
Berat >> 100gm
Pembungkusan >> Plastik
Harga Promo >>cuma RM15.00 (termasuk pos dalam sem. malaysia) / RM17.00 (termasuk pos ke Sabah/Sarawak)
Harga Normal >> RM18.00 (termasuk pos sem. Malaysia) / RM20.00 (termasuk pos Sabah/Sarawak)
Order akan dipos selewat-lewatnya 18 Oktober 2014 (Sabtu)
>>> Pm admin kat inbox ye @ fb Mursyida Mansor untuk order sebab page tak boleh pm :)

11/10/2014
01/10/2014

Jom kongsi rahsia, tips dan petua kecantikan uolls kt page ni.. Semoga kita sama-sama dapat manfaat :)

Membantu wanita supaya lebih cantik dan gembira....

28/09/2014

Banyak info cantik dan sihat di sini>>

Membantu wanita supaya lebih cantik dan gembira....

Petua Melembutkan Ayam KampungGulai/Kari ayam kampung memang sedap bila di masak. Tapi, biasanya daging ayam kampung san...
26/09/2014

Petua Melembutkan Ayam Kampung

Gulai/Kari ayam kampung memang sedap bila di masak. Tapi, biasanya daging ayam kampung sangat liat jika anda tidak pandai memasaknya.

Petua mudah untuk melembutkan daging ayam kampung adalah dengan memasukkan beberapa biji buah kurma ke dalam kuah gulai/kari ketika memasak. Buah kurma ini perlu dimasukkan sebaik sahaja anda masukkan santan. Insya-Allah daging ayam kampung akan menjadi lembut.

Cara Mudah Cuci Kerak Pada PeriukPernah tak nasi atau makanan anda hangit ketika memasak? Haha.. kalau kerja main game @...
25/09/2014

Cara Mudah Cuci Kerak Pada Periuk

Pernah tak nasi atau makanan anda hangit ketika memasak? Haha.. kalau kerja main game @ facebook masa memasak memang tak mustahil hehe... Satu masalah bila makanan hangit ni adalah periuk atau bekas tersebut akan lekat kerak yang hodoh.

Cara nak hilangkannya, rebus kulit kentang dalam periuk atau bekas yang ada kerak sehingga mendidih. Jika, anda lihat kerak sudah mulai tertanggal pada periuk @ bekas itu, bolehlah tutup api dan bersihkan dengan cecair pencuci.

Mengurangkan Pahit Acar Limau Petua orang dulu-dulu, jika nak hilangkan rasa pahit pada limau ang mahu dibuat acar, mere...
24/09/2014

Mengurangkan Pahit Acar Limau

Petua orang dulu-dulu, jika nak hilangkan rasa pahit pada limau ang mahu dibuat acar, mereka akan letakkan beberapa keping syiling ke dalam air rebusan semasa merebus buah limau. Tapi dulu-dulu mereka letak duit syiling satu sen. Sekarang dah takde. Jadi, guna syiling 10sen pun ok. Rebus sehingga lembut dan toskan. Keluarkan duit syiling tersebut. Limau tadi boleh digunakan untuk memasak acar.

Petua mak admin, remeh sikit. Dia rendam dengan air garam selama sehari dan masak buah tersebut dengan air gula dan simpan di dalam peti ais selama 2 hari..

Apa-apa pun Selamat mencuba :)

Tips Mengelakkan Buah Potong LebamBuah potong terutamanya buah epal @ pir akan bertukar warna lebam setelah dipotong. Ji...
23/09/2014

Tips Mengelakkan Buah Potong Lebam

Buah potong terutamanya buah epal @ pir akan bertukar warna lebam setelah dipotong. Jika anda mahu mengelakkan warna buah menjadi lebam, cuci buah. Sapukan pisau yang akan digunakan untuk memotong buah tersebut dengan limau nipis. Asid yang terkandung pada limau nipis ini mampu membantu menyegarkan buah tersebut.

Selain itu juga, tips yang kedua adalah, anda juga boleh merendam buah potong tersebut ke dalam ais atau air garam bagi mengekalkan warnanya.

Address

Ulu Klang

Telephone

+60133119588

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Petua Dapur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share