24/05/2024
Ramai orang hendak buat kabinet, tetapi tidak tahu membezakan material ketika berurus niaga.
Akibatnya, samaada dit1pu atau salah faham dengan pembelian. Difikir lain terimanya lain.
Kadang salah sendiri, tetapi orang lain p**a disalahkan.
Saya ini tidaklah begitu arif tetapi dengan ilmu sedikit yang ada ini, saya kongsikan kefahaman kepada kalian.
Apa beza material seperti MDF, MELAMINE, BLOCKBOARD dan PLYWOOD biasa? Jom kita fahamkan asas / sifat material tu sebelum kita pilih.
MDF
Apa itu MDF? MDF nama panjangnya adalah Medium Density Fibreboard. MDF selalu disalah ertikan seperti melamine. Ada sedikit perbezaan.
MDF dihasilkan lebih halus kerana prosesnya menggunakan habuk papan. Terdapat bahan seperti resin, lilin dan kayu di dalamnya.
Ia boleh datang dalam pelbagai saiz yang dikeluarkan dari pelbagai kilang. Kelebihannya ia adalah bahan kitar semula yang lebih mesra pada alam semulajadi. Kayunya juga lembut jadi mudah dip0t0ng. Di bahagian tepi kelihatan mampat.
Art craft juga banyak menggunakan MDF sebagai 'base' kerja. Ia juga ada spek tersendiri.
Kekurangan MDF ni mudah rosak jika tidak dijaga betul. Jika mulai rosak atau gelembung, sememangnya tidak dapat dibaik pulih lagi.
Agak tidak berapa bagus juga jika ia mula terhakis kerana ia mudah mengeluarkan serpihan habuk kayu halus yang boleh memudaratkan masalah kesihatan respirat0ri terutama yang allergi. Selain itu, ia tidak berapa baik dalam melawan haba secara berterusan.
MDF juga boleh membebaskan sedikit formaldehid sekiranya ia sudah rosak.Walaupun formaldehid adalah sangat minimum, kesan bagi masa panjang masih ada.
Penggunaan skru p**a cepat haus apabila dilubangkan kerana kemampatan MDF hanya dari habuk kayu.
Kebanyakan kabinet terlajak murah menggunakan bahan ini.
MELAMINE
Melamine p**a terhasil daripada cip cip kayu yang dimampatkan atau mudah kita panggil 'compressed wood'. Dari sisi akan nampak lubang lubang kayu.
Kebanyakan syarikat kabinet menggunakan material ini untuk asas kabinet. H4rg4 juga mampu milik. Dengan penjagaan yang betul, ia mampu juga bertahan lama.
Dari segi kebaikan, ia agak tahan dengan kesan calar dan haba. Daya tahan terhadap kekotoran juga agak baik. Agak mudah dibersihkan kerana itu sering digunakan terutama untuk bahagian 'wardrobe' bilik kerana jauh dari penggunaan air atau lembap.
Kelemahannya sama seperti kayu kompres yang lain agak bermusuh dengan kelembapan dan air. Ia mudah membengkak atau kembang.Jika tiada sokongan ia juga mudah meleding akibat beban berterusan.
Design kayu dan bahan material yang lebih menarik. Ada beberapa pilihan warna dan alur kayu.
Digunakan kebanyakan Designer, Kontraktor mahupun Pakar Kabinet kerana permintaan yang tinggi berdasarkan bajet mampu milik pengguna itu sendiri.
BLOCKBOARD ( HMR )
Dikenali sebagai Highly Moisture Resistance - blockboard. Lebih kuat, tidak mudah lendut dan lebih tahan terutama daripada serangan air.
Lebih baik daripada Melamine dan selalunya kita guna di bahagian bawah sinki atau tempat yang berkemungkinan hampir dengan saluran air.
Terhasil dari susunan kayu blok dan dilekatkan pada suhu berketahanan tinggi.
Ada bajet lebih boleh saja pakai base blockboard untuk lebih tahan lama.
Juga menjadi pilihan campuran buat Designer dan Kontraktor.
PLYWOOD
Terhasil dari banyak lapisan kayu yang dihiris nipis kita namakan veneer. Dilekatkan pada permukaan plywood untuk ketahanan dan terutama dari anai anai. K0snya lebih murah dan mudah diproses. Juga strukturnya kuat.
Kelemahannya veneer yang tersalut akan mudah terkopek dan meninggalkan kesan tajam dan keras pada permukaan sekiranya ketika proses tidak dilakukan dengan baik.
Bak kata sahabat saya juga, bahayanya proses laminate yang dilekat ke plywood juga menghasilkan toksid dari gam dan boleh menyebabkan kanser.
Jadi dengan sedikit info ini anda lebih faham tentang kualiti, kebaikan , kelemahan dan perbezaan harga antara satu sama lain.
Bahan lebih atas dan tahap tinggi daripada Melamine mestilah ada. Kita kupas di lain waktu.
Buat masa ini, fahamkan dahulu material asas yang anda ambil atau pilih. Ia menentukan k0s pembuatan dan penghasilan secara total.
Semoga ilmu bermanfaat dan lebih bijak menjaga ruang kalian untuk tahan lebih lama.
*Saya bukan tukang, saya Designer dan penasihat ruangan*
Perkongsian Leeya Marlia Ramli
Follow untuk tips dan hasil ruang cantik